Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

BTS Selebriti Antarabangsa Pertama Buat Konsert di Arab Saudi Oktober Ini

today15 July 2019

Background

Siapa yang tak kenal dengan BTS kan? Terbaru, mereka bakal mencatat rekod baru dalam kerjaya muzik apabila akan membuat persembahan di Riyadh, Arab Saudi.

Peluang mengadakan konsert tersebut sekali gus menjadikan mereka kumpulan dari Korea Selatan sebagai selebriti antarabangsa pertama mengadakan konsert lokasi tersebut.

Menerusi satu portal hiburan online, BTS yang dianggotai oleh RM, Jin, Jungkook, Jimin, J-Hope, Suga dan V akan membuat persembahan dalam siri jelajah dunia di Stadium Antarabangsa Raja Fahd pada 11 Oktober ini.

Image result for bts riyadh

Sebelum ini, BTS melakar sejarah apabila diundang sebagai penyampai trofi di majli anugerah muzik popular dunia, Grammy Awards pada awal tahun ini.

Seperti di negara-negara lain, populariti K-Pop turut melanda negara Islam itu sehinggakan kumpulan Super Junior dan Stray Kids juga dilaporkan mengadakan konsert di Jeddah pada Ahad.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *