Selepas hampir tiga bulan sekolah diarahkan tutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat penularan pandemik Covid-19, sesi persekolahan melibatkan pelajar yang mengambil peperiksaan awam telah dibenarkan mulai 15 Julai 2020. Tetapi mereka perlu mengamalkan norma baharu, iaitu memakai pelitup muka dan mengadakan jarak sosial.
Berkenaan dengan itu, tular di laman sosial Twitter baru-baru ini apabila seorang wartawan TV3, iaitu Ali Toupan Rajalee yang memantau keadaan pelajar-pelajar itu, menggunakan pendekatan yang sangat unik dalam menyampaikan laporan apabila dia memakai baju sekolah lengkap berserta lencana di SMK Puncak Alam.
Berita TV3 to the next level 😂😂😂 pic.twitter.com/xowc2wD2eA
— Khiera Wzag (@Khiera_Wzag) July 15, 2020
Tambahan lagi, apa yang mencuri tumpuan adalah apabila wartawan sebut ‘ditegur’ oleh guru yang sedang mengajar di hadapan.
“Awak buat apa Ali? Dari tadi cikgu tengok awak bercakap-cakap”
Sehingga kini, klip video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter @Nuefa_kieyra, mendapat perhatian ramai netizen yang tidak tahan dengan jenaka wartawan itu.
Sumber : Twitter @Irrakamal
Sumber : Twitter @Muhdarhakimi
Sumber : Twitter @dhmadifff
Sumber : Twitter @_zubeir_
Kreativiti Ali dalam menyampaikan laporan dengan cara tersendiri ini patut dipuji dan patut diteruskan lagi.
Lepas ni nak tengok berita pun rasa teruja. Good Job Ali!
Post comments (0)