Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Bukan Senang Nak Rap. Ini 3 Tip Mahal Dari Altimet!

today5 April 2019

Background

Musik rap, biasanya hip-hop, sering mendapat tempat di hati golongan muda malah orang dewasa juga turut tidak terkecuali.

Tapi pernah terfikir tak bagaimana caranya untuk menyanyikan lagu rap? Tak mudah tau sebenarnya.

Terbaru, menerusi akaun Instagram milik @kini.viral, penyanyi rap, Altimet mendedahkan rahsia bagaimana cara untuk menjadi seorang rapper yang bagus.

Altimet memberi pesanan kepada budak-budak muda yang gemar rap perlu banyakkan membaca.

Baru lah sel-sel otak berhubung dengan cepat kan!

Selain daripada membaca,Β dengar lagu sebanyak mungkin dan rajin-rajinkan lah diri untukΒ kerap menulis.

Mana tahu daripada menulis, dapat cetuskan idea-idea kreatif untuk menulis lirik lagu rap pula kan.

Tuliskan topik-topik yang anda suka, jangan takut untuk bereksperimen dengan benda baru.

“Nak rap ni tiga je, dengar lagu banyak-banyak, (kalau boleh lagu rap), baca buku banyak-banyak, tulisΒ  banyak-banyak,” kata Altimet.

Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Amboi ini juga mengakui nyanyian rap amat susah dan memerlukan masa untuk mahir dalam bidang itu.

“Bukan senang, susah. Tapi tiga tip ini akan makan masa bertahun-tahun,” ujarnya lagi.

https://www.instagram.com/p/Bv1nyRLH3k3/

Jadi, selain daripada bakat sebenarnya anda boleh amalkan tiga tip berguna daripada Altimet ini untuk jadi rapper berjaya!

Practice makes perfect!

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *