Pelakon Hairul Azreen dikhabarkan bakal muncul dengan filem terbaru, Pasal Kau arahan Adrian Teh tidak lama lagi.
https://www.instagram.com/p/B9EF7VeB_4L/
Jika menerusi filem Paskal dan Wira Hairul menerima pujian ramai berikutan tubuh badannya yang sado, kali ini berbeza pula apabila suami kepada selebriti Hanis Zalikha itu perlu menaikkan berat badan untuk kelihatan gemuk.
Menerusi laman Instagram miliknya, Hairul ada berkongsi sekeping foto terkini wajahnya yang kelihatan sudah berisi dan mempunyai double chin.
https://www.instagram.com/p/B9OdqNhBxcP/
Lantas, perkongsian tersebut mendapat perhatian peminat yang meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.
Bukan senang bergelar seorang pelakon. Setiap tawaran yang diterima pasti ada cabarannya.
https://www.instagram.com/p/B9JjzSvBcg7/
Semoga Hairul tidak putus asa naikkan berat badan demi menjayakan watak yang dituntut. Chaiyok!
Post comments (0)