Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Cerita Kucing Mati Akibat Dicekik Budak Datang Beraya Sah Palsu

today10 June 2019

Background

Entry mengenai seekor kucing berwarna jingga yang  tular beberapa hari lepas didakwa mati dicekik oleh kanak-kanak ketika beraya sah adalah palsu.

Perkara ini dinyatakan oleh pengguna twitter bernama @blxcktober_ yang mendakwa kucing itu sebenarnya adalah miliknya yang mati tahun lepas bulan Oktober 2018 adalah akibat jatuh sakit, dan bukan kerana dicekik.

Gadis tersebut turut berkongsi tweet asal pada tahun lepas itu sebagai bukti:

Jelasnya, dakwaan kucing itu mati dicekik budak adalah tidak logik kerana kucingnya bersaiz besar dan akan memberikan reaksi balas cakaran jika diusik.

Bagaimanapun, tweet palsu yang dinaikkan oleh akaun @naeimzkri itu kini sudah dipadamkan.

Malah, akaun tersebut juga kini tidak dapat diakses dipercayai dinyahaktif.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *