Drama rantaian popular, Cindai sudah pun berakhir siarannya pada 15 Januari lalu dan trending di media sosial Twitter.


Lantas, penerbit drama 15 episod berkenaan, Sheila Rusly memuat naik satu posting di Instagram miliknya menyatakan drama lakonan Ayda Jebat, Syazuwan Hassan, Nazim Othman dan Raysha Rizrose itu bukanlah kerja cincai, sebaliknya dilakukan dengan penuh komited.
https://www.instagram.com/p/B7WDL-EJeBc/
Dalam pada itu, Sheila turut berterima kasih kepada semua kru dan barisan pelakon yang terlibat dalam menjayakan drama tersebut.

Cindai yang mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis menghidapi bipolar disorder telah ditayangkan di slot Samarinda, TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.


Menjengah ke laman Instagram para pelakonnya, mereka turut memberikan dedikasi istimewa bersempena tayangan akhir drama itu.
https://www.instagram.com/p/B7XsqobgF0K/
https://www.instagram.com/p/B7WFy3ypFkb/
https://www.instagram.com/p/B7WD7lsgshp/
https://www.instagram.com/p/B7Q8rEzH-T8/
Post comments (0)