Tahniah! buat pemuda yang bernama Azmeer Iskandar yang gambarnya telah terpilih untuk disiarkan menerusi laman Instagram rasmi Apple.
Foto menunjukkan seorang lelaki memanjat pokok kelapa telah dipilih oleh syarikat yang mempunyai pengikut sebanyak lebih 21 juta.
https://www.instagram.com/p/B7WMRZal3WX/
Pemuda berkenaan nyata gembira dengan pemilihan gambar tersebut, dan sehingga kini foto itu telah menerima lebih daripada 400,000 likes.
Lebih menarik lagi, gambar berkenaan telah diambil di Terengganu sekitar Ogos tahun lalu.
Pemuda yang lebih gemar disapa Iskandar itu juga turut berharap dapat mengangkat nama Terengganu di mata dunia.
Tahniah Iskandar! semoga ramai lagi anak muda yang berbakat seperti ini dapat memperkenalkan lagi Malaysia kepada orang lain..
Post comments (0)