Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Dapatkan Tiket AJL Anda Hari Ini!

today9 January 2020

Background

Dah ada yang get ready duduk depan komputer nak rebut tiket menyaksikan Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34) ke tu…?

Ya betul! tiket pada harga serendah RM30 bagi menyaksikan pertandingan berprestij di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Februari depan tersebut akan mula dijual secara atas talian hari ini tau! (9 Januari 2020)

Anda boleh layari www.myticket.asia bagi mendapatkan tiga jenis tiket yang ditawarkan iaitu tempat duduk aras empat RM30, aras tiga (RM40) dan arena (RM60)  bermula jam 9 malam.

Image result for finalis ajl

Dabirisi lapan penyanyi solo dan empat kumpulan, AJL34 dijangka sengit berdasarkan komposisi lagu dan keseimbangan bakat antara generasi.

Lagu yang bertanding termasuklah Lembah Kesepian ciptaan Haqiem Rusli dan lirik dihasilkan Haqiem bersama Ibnu & Gouffran dinyanyikan Haqiem; Drama (Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir dan Nik Adib, / Drama Band); Sumpah (Naim Daniel, Omar K / Naim Daniel); Kisah Cinta Kita (Ikhwan Fatanna, Ayden Ali / Datuk A Aida / Hafiz Suip) dan Ku Bersuara (Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham / Ernie Zakri).

Turut berentap adalah karya hasil ciptaan Navigator, Bangun, nyanyian Aman RA; Ragaman (Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo / Faizal Tahir, Jaare, Karim Karam, Mike Chan / Faizal Tahir); Anta Permana (Hael Husaini, Ezra Kong / Datuk Seri Siti Nurhaliza); Rampas (Hang Nadim, Laq / Bunga Cantik / Akim & The Majistret) dan Dinda (Ali Sariah / Kugiran Masdo).

Tidak ketinggalan memberikan saingan adalah Peneman karya ciptaan Tam yang didendangkan Hazama serta Sumpah, ciptaan dan nyanyian Aina Abdul.

 

Sumber daripada: Berita Harian (Farihad Shalla Mahmud)

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *