Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Dazrin Kamarudin Kurus Demi Watak YB Syed Saddiq

today13 November 2019

Background

Pelakon berusia 31 tahun, Dazrin Kamarudin bakal melakonkan watak Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam filem Mahathir: The Journey.

Filem yang menelan bajet sebanyak RM6 juta itu menampilkan kisah Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) selepas melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003 sehingga dilantik semula pada 2018.

Bagi memberi impak kepada penonton, Dazrin berusaha menurunkan berat badan supaya fizikalnya sama seperti YB Syed Saddiq.

“Untuk watak tersebut saya kena kuruskan badan. Saya diberi amanah untuk pegang watak sebagai YB Syed Saddiq. Seperti yang kita tahu, dia seorang menteri yang aktif dan fit.

“Jadi saya tidak boleh terkebelakang, perlu ada fizikal yang hampir sama seperti YB. Pada masa sama, kita juga beri penekanan kepada imej. Itu yang saya cuba untuk potong rambut dan kuruskan badan.

“Daripada saiz baju L kepada XS” katanya ketika ditemu bual wartawan, Rafiq Mazlan.

Filem Mahathir: The Journey arahan Profesor Mohamad Hatta Azad Khan dan Chan Wai Cheong itu akan turut dibintangi Azhar Amir sebagai Tun Dr Mahathir Mohamad, Fauziah Latiff (Tun Dr Siti Hasmah), Hilal Azman (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Dian P Ramlee (Datuk Seri Wan Azizah), Lisdawati (Nurul Izzah).

Manakala penyanyi, Ning Baizura memainkan watak sebagai Datin Paduka Marina Mahathir, Afieq Hussain (Datuk Seri Mukhriz Mahathir), Harminder Singh (Gobind Singh Deo) dan ramai lagi.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *