Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Dikritik Seksi? Ini Respon Mimi Lana.

today8 October 2019

Background

Tidak mudah menjadi pelakon, Mimi Lana yang sering dikritik peminat susulan penampilannya.

Baru sahaja isu berat badannya reda diperkatakan netizen, kini imejnya pula dikatakan seksi berbanding karakter yang dilakonkan di televisyen.

https://www.instagram.com/p/B2G-t8WBNNE/

“Dari dulu saya begini, tidaklah terlalu seksi sehingga memakai bikini dan sebagainya.

“Mungkin ada kelompok peminat yang baru mengenali saya dan terkejut melihat cara berpakaian. Barangkali, ada yang terkejut kerana kenal saya melalui watak dalam drama yang memerlukan saya bertudung.

“Namun, tidak bermakna mereka salah, cuma tidak biasa dengan penampilan sebenar saya,” katanya.

https://www.instagram.com/p/B3GWHz0h6Fw/

Menurut Mimi atau nama penuhnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, peminat yang mengenali dirinya sejak dahulu, peka dengan cara dia berpakaian.

“Mereka tahu bagaimana gaya dan pemakaian saya. Setiap komen yang diterima membabitkan isu seksi ini saya balas dengan cara baik. Ini kerana saya hargai pendapat mereka,” ujar Mimi lagi.

https://www.instagram.com/p/B1fuMs2hfv3/

https://www.instagram.com/p/B10qQkcBoj3/

Tak salah kita menegur kan? Yang penting, jaga adab.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *