Lebih kurang dua minggu sahaja lagi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 bakal berlangsung dan umum mengetahui selebriti terkenal Datuk AC Mizal dan Elly Mazlein terpilih sebagai pengacara pada majlis berprestij itu nanti.
Elly mengakui dia begitu teruja apabila dapat bergandingan dengan AC buat pertama kali dalam bidang pengacaraan.
“Saya terima cabaran dengan penuh teruja, apatah lagi dapat bergandingan dengan AC yang berpengalaman luas dalam bidang pengacaraan dan hiburan.
“Peluang bergandingan dengan AC saya anggap sebagai bonus kerana dia tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman,” katanya.
Elly turut berbesar hati menggalas amanah untuk mengendalikan acara yang disifatkan sebagai perhimpunan terbesar penggiat seni.
“Saya cuba buat yang terbaik. Meskipun nanti akan tercetus dialog atau aksi spontan, kami tidak lupa untuk mengingati fakta penting dan paling utama, mengiktiraf kejayaan pemenang.
ABPBH-32 bakal dipancarkan secara langsung menerusi TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 September ini mempertandingkan 13 kategori utama, selain dua kategori baharu, Artis Korea Popular dan Artis Indonesia Popular.
Turut dipertandingkan adalah lima kategori ’Online’, iaitu Artis Sensasi Popular, Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Watak Antagonis Popular dan Lagu Paling Boom.
Jangan lupa tonton!
Post comments (0)