Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Emma Maembong Kembali Berhijab “Kerana Dia Manusia Biasa”

today13 August 2019

Background

Selepas drama rantaian Nur yang ditayangkan pada jam 10 malam menerusi saluran TV3 mendapat sambutan, tiba giliran drama baharu lakonan Shukri Yahaya dan Emma Maembong menjadi perbualan orang ramai.

https://www.instagram.com/p/B0xqgunHgZq/

Ini selepas perwatakan atau imej yang dikenakan adalah wanita bertudung selain taat kepada suami.

‘Kerana Dia Manusia Biasa’ diarahkan oleh Idora Abdul Rahman ini mengisarkan tentang kepayahan hidup seorang isteri, Nurin Aira lakonan Emma Maembong yang diseksa suaminya, Tengku Shamil Zaquan lakonan Shukri Yahaya.

Image result for kerana dia manusia biasa

Pada usia yang sangat muda, Nurin Aira memikul tanggungjawab apabila Nora (Sasqia Dahuri), kakak angkatnya meninggalkan seorang bayi bernama Alia kepadanya. Nora berjanji untuk mengambil Alia semula apabila masalahnya selesai. Namun, setelah lima tahun berlalu dan Nora masih tidak muncul. Nurin menjaga Alia dengan penuh kasih sayang bagaikan darah dagingnya sendiri.

Sementara itu, kehilangan Aisyah (isteri pertama kepada Tengku Shamil) membuatkan dia sukar menerima wanita lain. Lebih menyedihkan, isterinya itu ‘pergi’ setelah terlibat dalam kejadian ragut. Atas dasar ingin lari daripada desakan keluarga, Tengku Shamil dan Nurin berkahwin.

https://www.instagram.com/p/B05vCMQHCqi/

Setelah berkahwin, kehidupan Nurin bagaikan tergantung tidak bertali. Emosi Nurin terdera dek herdikan Tengku Shamil yang membencinya. Namun, dia tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan cuba mengambil hati Tengku Shamil yang dingin terhadapnya.

Drama yang mula ditayangkan pada Julai lalu kini masih ditayangkan menerusi slot Samarinda setiap hari Isnin hingga Khamis  pada jam 10 malam.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *