Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Filem Gundala Ditayangkan Hari Ini

today26 December 2019

Background

Filem super hero dari Indonesia, Gundala kini telah memasuki pasaran Malaysia hari ini.

Filem adiwira petama di dalam Bumi Langit Cinematic Universe arahan Joko Anwar ini mengisahkan tentang Sancaka lakonan Abimana Aryasatya yang hidup keseorangan setelah ditinggalkan oleh kedua orang tuanya.

Filem yang diadaptasi daripada karakter komik Gundala ciptaan Harya β€œHasmi” Suraminata, Sancaka telah disambar petir dan kemudian memberikannya kekuatan kerana hidupnya sering dilanda keresahan dan realiti kehidupan yang serba tidak adil.

Selain Abimana, Gundala turut dibarisi pelakon handalan Tara Basro sebagai Wulan, Ario Bayu sebagai Ghazul, Cecep Arif Rahman, Rio Dewanto dan Muzakki Ramdhan.

Malah, pelakon Malaysia Bront Palarae akan memainkan peranan sebagai penjahat utama iaitu Pengkor.

Gundala terlebih dahulu telah ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia pada 28 Ogos dan telah mencatat jumlah penonton sebanyak lebih 1 juta tontonan.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *