Pelakon terkenal, Bront Palarae teruja apabila filem terbaharu lakonannya, Gundala terpilih untuk bersaing dalam Festival Filem Antarabangsa Toronto 2019.
“Sebenarnya saya cukup berbesar hati kerana dijemput untuk sama-sama terlibat sebagai pelakon dalam filem adiwira pertama yang diterbitkan di Indonesia.
Lebih seronok, saya berpeluang bermain dengan pelakon-pelakon hebat seberang seperti Cecep Arif Rahman, Abimana Aryasatya dan Luqman Sardi,” kata Bront.
Untuk pengetahuan, filem Gundala akan turut bersaing bersama filem-filem hebat seperti Joker karya Todd Philips, Radioactive (Marjane Satrapi) dan Knives Out bagi merebut trofi People’s Choice Awards pada 5 hingga 15 September depan.
Gundala yang merupakan filem dari Indonesia arahan Joko Anwar itu bakal memasuki pawagam di Indonesia bermula 29 Ogos ini.
Post comments (0)