Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Filem Pertama Tak Pulang Modal, Liyana Jasmay Buat Filem Ke-2?

today29 July 2019

Background

Selepas filem Bella dan Jamie yang ditayangkan pada Januari lalu rugi dan tidak pulang modal, pelakon, penyanyi dan penerbit Liyana Jasmay tidak berputus asa.

“Diakui memang sedih sebab filem rugi. Saya tak boleh tipu sebab semua tahu angka dan kutipan filem ini. Ini takkan patahkan semangat kami. Kerja perlu diteruskan. Itulah cabaran dalam perniagaan.

“Sasaran nak dapatkan kutipan sekurang-kurangnya RM1 juta tetapi tak sampai langsung. Ia sangat sedih.”

Liyana berkata, filem yang akan diterbitkan selepas ini masih berbajet rendah dan berkonsepkan feminin.

“Kami tetap akan buat filem lain selepas ini. Bukan filem bajet besar iaitu lebih RM1 juta tetapi kurang daripada itu. Genre juga berbeza namun inti pati masih perempuan.

Filem baharu itu akan memulakan penggambaran sekiranya sudah terdapat dana dan penaja.

“Genre filem baharu masih rahsia. Kami akan cuba buat secepat mungkin. Selain itu, kami ada banyak projek lain seperti telefilem, drama TV dan YouTube.”

Ditanya adakah dia bakal menggunakan khidmat pelakon popular bagi menarik penonton datang ke pawagam, Liyana berkata, dia tidak mahu meletakkan sepenuhnya terhadap faktor itu.

“Perlu diakui faktor pelakon popular penting. Ia realiti dalam bidang hiburan. Penonton nak tengok sama ada genre atau pelakon yang bagus.

“Namun ada juga filem yang menggunakan pelakon popular tetapi filem tak laku. Jadi, pokok pangkalnya, ia berbalik kepada genre atau jalan cerita filem itu. Itu sangat penting.”

Sumber: Harian Metro

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *