Imbas untuk muat turun aplikasi

Sosial

Gempar! Tanjung Tokong, Pulau Pinang Dilanda Puting Beliung

today2 April 2019

Background

Tengah hari semalam penduduk Tanjung Tokong Pulau Pinang digemparkan dengan kejadian puting beliung.

Berita dahsyat berkenaan mendapat perhatian daripada orang ramai apabila kejadian puting beliung itu sempat dirakam oleh segelintir netizen dan tersebar di  media sosial.

https://www.instagram.com/p/BvvA3PLnVTQ/

Menerusi laman Instagram milik @kini.viral, kejadian puting beliung itu mendapat perhatian netizen dan kini menjadi viral apabila video tersebut telah mencecah lebih 70,000 tontonan.

Akibat insiden itu juga, sekurang-kurangnya 50 buah rumah di kawasan Tanjung Tokong dan Tanjung Bungah di Pulau Pinang itu rosak dan dimasuki air selepas dibadai ‘belalai air’ serta hujan lebat.

Tidak cukup dengan itu, gerai penjaja makanan juga musnah akibat angin kencang.

Tidak dinafikan, cuaca kebelakangan ini agak pelik dan orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan jaga keselamatan diri setiap masa.

Nasib baik tiada kemalangan jiwa atau mangsa cedera dalam kejadian ribut selama kira-kira 15 minit itu.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *