Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Nur 2 Kembali Lagi!

today2 April 2019

Background

Tepat jam 10 malam ini, drama yang dinanti-nantikan Nur 2 akan bersiaran menerusi slot Samarinda di TV3.

Pasti ramai peminat drama Nur dah tak sabar nak menonton drama yang pernah mencetuskan fenomena hebat ni kan?

Drama Nur 2 masih menampilkan pelakon asalnya seperti seperti Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Raja Atiq, Fatimah Abu Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan, Noorkhiriah dan Azhan Rani.

Lebih menarik, akan ada kelainan yang bakal ditampilkan dalam drama tersebut dimana kemunculan pelakon baru, Azar Azmi yang membawa watak antagonis.

Selain itu, Syafiq Kyle juga pernah mendedahkan watak Ustaz Adam dijayakannya dalam Nur 2 lebih berani dan berbeza daripada karakter ditampilkan dalam musim pertama drama rantaian berkenaan.

https://www.instagram.com/p/Bt5hXpnH0U0/

Syafiq Kyle berkongsi teaser Nur 2

Wah, agaknya  Nur 2 mesti lebih menarik perhatian penonton dengan elemen-elemen yang penuh beremosi. Tak sabarnya!

Untuk pengetahuan juga, lagu terbaru dari penyanyi, Amylea Azizan dan Megat berjudul Tetap Kamu bakal dijadikan runut bunyi bagi drama Nur 2 malam ini.

Siapa tahu lagu tersebut juga mungkin mampu memberi penangan hebat seperti lagu Tak Pernah Hilang dalam musim pertama drama rantaian berkenaan.

Sebelum ini, drama Nur cemerlang dengan tiga anugerah, iaitu Drama Rantaian Terbaik (kategori Bahasa Melayu), Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian (Syafiq Kyle) dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian (Amyra Rosli).

Jadi, buat peminat lama atau baru drama Nur jangan lupa saksikan Nur 2 malam ini tepat jam 10 malam okay!

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *