
Pelakon, Josiah Hogan ada memuat naik foto isterinya di laman Instagram memakai topeng muka, menjalankan tugas sebagai jururawat.
https://www.instagram.com/p/B93MomJHNdO/
Di ruangan kapsyen, pelakon drama Mimpi Sabrina itu meluahkan rasa bangga atas servis yang diberikan oleh pekerja sektor awam termasuk isterinya yang kini hamil anak ketiga dalam memerangi wabak Covid-19.

Biarpun sedang sarat, isterinya yang bernama Nurul Hidayu Noordin tetap berusaha bekerja dan merawat pesakit.
Setiap doktor dan jururawat sewajarnya diberi pujian kerana telah berjuang habis-habisan menyelamatkan mangsa Covid-19.
Untuk rekod, Josiah dan Hidayu telah berkahwin tujuh tahun yang lalu dan kini memiliki dua orang cahaya mata.
Post comments (0)