Mesti anda familiar dengan lagu Baby Shark, kan?
Baby Shark adalah lagu yang berasal dari Korea Selatan di bawah syarikat Pinkfong, dan ia merupakan sebuah lagu yang digemari ramai terutamanya kanak-kanak.
Terbaru, ia telah mencatat rekod sebagai video tontonan paling tinggi di YouTube dengan bilangan 7.05 bilion.
Rekod itu mengatasi pemegang rekod sebelumnya iaitu Despacito, yang merupakan sebuah lagu Latin nyanyian penyanyi Luis Fonsi duet bersama Daddy Yankee.
Populariti lagu Baby Shark mungkin kerana ia kerap dimainkan untuk kanak-kanak, selain melodinya ada yang dijadikan sebagai iklan untuk tujuan pemasaran.
Soalan dari kami di Hot FM, kebiasaannya anda mainkan video lagu ini untuk tujuan apa?
Sumber: BBC
Artikel ditulis oleh: Hasanah Yusof
Post comments (0)