Sebut sahaja nama kumpulan Kpop wanita terkenal iaitu Blackpink, pasti semua orang tahu menyanyikan lagu-lagu mereka.
Malah gandingan empat penyanyi ini juga telah menjadikan mereka satu-satunya kumpulan yang paling berpengaruh selepas 2NE1 yang dibarisi oleh Rose, Jennie, Jisoo dan Lisa.

Biarpun begitu, ia tidak lagi menjadi kejutan kerana pengaruh kumpulan ini bukan saja di negara mereka, malah di negara luar juga BLACKPINK sering menjadi sebutan dan trending.
Tidak terlepas meminati kumpulan Kpop berpengaruh itu, pelakon popular Mira Filzah turut meluahkan rasa teruja di laman Instagram miliknya apabila menyaksikan konsert virtual 2021 BLACKPINK: THE SHOW yang disiarkan di laman YouTube baru-baru ini.

Sama seperti peminat Kpop yang lain, Mira juga mempunyai pendapat tersendiri mengenai penampilan artis kegemarannya iaitu Jisoo!

Mira di dalam IG stories berkenaan dilihat mempersoalkan gaya rambut yang dikenakan Jisoo ketika konsert berkenaan, yang dianggap lebih cantik jika diikat.

Alahai comel pula melihat reaksi Mira terhadap BLACKPINK ni!
Korang pulak macam mana, setuju tak dengan pendapat Mira?
Sumber: Instagram Mira Filzah
Post comments (0)