Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Rasa Macam Kylie Jenner Tak?” Ameera Khan Dapat Banyak Bunga Sampai Boleh Buka Kedai

today10 December 2020

Background

Jika seseorang itu menyambut hari lahir, pastinya kita akan berikan hadiah seperti kek atau bunga sebagai tanda mengingati seseorang itu.

Tetapi kalau semua orang bagi bunga, macam mana agaknya nak simpan bunga-bunga itu semua agaknya ya?

Pada 8 Disember lepas, adik kepada pengacara Neelofa iaitu Ameera Khan telah menyambut hari lahirnya yang ke-20 tahun.

Seperti yang diketahui, Ameera banyak bekerjasama dengan bermacam-macam jenama di Malaysia mahupun luar negara.

Sebagai tanda penghargaan dan mengingati, beliau telah menerima banyak jambangan bunga dan beberapa biji kek hari lahir.

Lebih mengejutkan, Ameera menerima lebih daripada 10 jambangan bunga pada hari lahirnya dan kini nampaknya beliau seperti boleh membuka kedai bunga di dalam biliknya.

Posting di laman Instagram miliknya telah dibanjiri dengan ucapan hari lahir daripada netizen yang turut tumpang gembira melihat biliknya dipenuhi dengan bunga.

Kalau dah banyak bunga macam tu, rasa macam boleh buat mandi bunga je, hehe!

Written by: Ainaa Hafizah

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *