Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Disebalik Foto Cantik, Jurufoto Ini Kongsi Kisah Lucu Berlaku Antara Bayi Kembar Dr. Sheikh Muszaphar

today10 December 2020

Background

Umum mengetahui angkasawan negara Dr. Sheikh Muszaphar dan isteri Dr. Halina baru-baru ini selamat menimang cahaya mata kelima dan keenam.

Lebih menarik lagi, bayi berkenaan merupakan kembar yang berlainan jantina dan diberi nama Eusoff dan Emelia.

Tanpa melengahkan masa, pasangan berkenaan mengambil keputusan untuk mengadakan sesi photoshoot untuk kedua bayi tersebut bagi diabadikan sebagai kenangan.

Pasangan tersebut telah memilih sebuah syarikat untuk mengendalikan kerja-kerja berkenaan selain memberi sepenuh kepercayaan kepada mereka.

Namun, terdapat perkara lucu telah terjadi semasa sesi penggembaran tersebut dijalankan:-

Kisah tersebut telah diceritakan oleh salah seorang jurugambar yang mengendalikan laman Instagram syarikat itu.

“Masa ni team kitorang dah atur pose baby. Time ni team masih belum tahu lagi baby bertukar,” tulisnya

Menyedari tidak sengaja tertukar aksesori yang digayakan, mereka sempat memohon maaf dan mengakui kedua-duanya tampak comel walaupun berlainan jantina.

“Sorry Eusoff dan Emelia, aunty dan uncle tersilap but both of you look so cute,” jelas mereka

Menurut mereka lagi, perkara itu disedari ketika Emelia mahu menyusu sambil Eusoff mengambil peluang untuk rehat dan tidur.

Bagaimanapun, perkara yang terjadi itu langsung tidak mematahkan semangat dan melelahkan mereka untuk mengambir gambar semula.

Syabas! Ini yang dikatakan hard work pays off. Lihat hasilnya:-

 

Sumber foto: Instagram newborn.heartshotfocus

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *