Ketika lirik video lagu Parah nyanyian Ayda Jebat dilancarkan pada 12 Disember lepas, pelbagai kecaman diterima oleh penyanyi kecil molek itu.
Sehinggakan ada yang mengatakan bahawa Ayda kelihatan ‘tenggelam’ apabila kewujudannya telah diketepikan kerana penari latar lebih menyerlah berbanding dirinya.
View this post on Instagram
Namun pada 29 Disember lalu, Music Video lagu Parah telah dilancarkan di laman YouTube Ayda Jebat sendiri sehingga berjaya membuatkan peminat terpukau dengan penampilan serta konsep yang ditampilkan di dalam lagu ini.
Ayda menggabungkan beberapa elemen pakaian kali ini sekaligus membuatkan MV ini saling tidak tumpah setaraf antarabangsa.
Ramai turut memuji keberanian Ayda serta berpuas hati dengan comeback yang dilakukan olehnya selepas beliau berehat seketika semenjak kali terakhir muncul dengan lagu Mana Ada Hati sekitar tahun 2019 yang lalu.



Untuk pengetahuan, pengarah disebalik MV Parah ialah Nabil Mahir iaitu tunang Ayda sendiri dan disebabkan itu mereka berdua bertungkus lumus bekerjasama menghasilkan lagu ini.
Tahniah Ayda dan team!
Baca juga artikel sebelum ini:
“Macam BLACKPINK!” Video Muzik Lagu Baharu Ayda Jebat Terima Pujian
Sumber video dan foto: YouTube channel Ayda Jebat dan Instagram Ayda Jebat
Post comments (0)