Siapa sangka sebelum ini ramai yang mengatakan kedua-dua pelakon Ben Amir dan Lisa Surihani mempunyai raut wajah yang seiras sehingga ada yang menyangka mereka ini pasangan adik beradik.
Semenjak 2019 yang lalu, ada segelintir warganet yang keliru dan menyangka mereka ialah adik beradik sehingga terdapat mereka yang mempercayai ‘berita palsu’ tersebut.
Akhirnya, pada 16 Februari lalu, Ben dan Lisa telah berjaya ‘bersatu semula’ selepas sekian lama terpisah.
Mereka sempat mengambil foto bersama-sama bagi memperlihatkan sama ada benar atau tidak mereka mempunyai wajah yang seiras.
Ternyata sememangnya Lisa dan Ben nampak seperti pasangan adik beradik yang sebenar lebih-lebih lagi pada bentuk hidung mereka.
Ramai yang meninggalkan komen mengatakan mereka sangat teruja sekitanya Ben dan Lisa dapat berlakon bersama-sama sebagai pasangan adik beradik.
Okay lepas ni selebriti mana pula yang sebenarnya ialah ‘adik beradik terpisah’ selain Ben dan Lisa?
Sumber foto: Instagram dan Twitter Ben Amir
Post comments (0)