Setiap orang ada fasa jatuh bangun mereka, ada yang dari buruk kepada baik, ada pula yang sebaliknya.
Perubahan seseorang ke arah lebih baik memang wajar dipuji dan dicontohi.
Namun perlu diingat, orang yang masih belum berubah jangan pula kita hina.
Ini kerana perubahan baik kita belum tentu berpanjangan selamanya.
Pelakon Datuk Adi Putra pada 19 November 2020 telah memuat naik satu perkongsian di Instagram tentang perkara ini.

Menurut caption:-
“Jangan hina mereka yang masih belum berubah, sebab kita juga belum tentu akan kekal Istiqamah. ☝️
#taatpadayangsatu “
Kata-kata positif begini sangat diperlukan sebagai peringatan supaya kita tidak menilai seseorang itu dengan melihat keburukannya semata-mata.
Stay positive!
Sumber: Instagram Datuk Adi Putra
Post comments (0)