Umum mengetahui bahawa pelakon Farid Kamil sebelum ini mendapat gelaran Dato’ daripada Istana Pahang.
Bagaimanapun pada 10 Februari 2021, akhbar melaporkan gelaran itu telah ditarik balik.
Ia setelah Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang telah mengeluarkan surat penarikan semula Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang dikurniakan kepada Farid Kamil berkuatkuasa pada 1 Februari lalu.
Selain itu, gelaran yang sama buat Boy Iman atau Noruliman A Rahman juga ditarik balik.
Mengulas perkara tersebut, Farid telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.
Foto yang dikongsikan menunjukkan Farid bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika dalam satu permainan polo.
Melalui caption yang disertakan, beliau berkongsi rasa hatinya saat dianugerahkan gelaran tersebut pada 2017:-
“Assalamualaikum w.b.t
Sejak 16 Disember 2017 saya amat berbangga dan berbesar hati membawa gelaran Dato’ yang dikurniakan oleh Istana Pahang. Saya menjunjung kasih di atas penganugerahan tertinggi dalam hidup saya ini dan menerimanya dengan penuh kerendahan diri pada ketika itu.”
Menganggap gelaran berkenaan sebagai satu anugerah tertinggi dalam hidup, Farid sangat bersyukur akan perkara itu.
Namun begitu, berita tentang penarikan semula gelaran tersebut juga diterima beliau dengan hati terbuka.
Malah Farid menghormati keputusan daripada pihak istana:-
Hari ini juga saya dengan penuh rasa hormat menerima keputusan dari pihak Istana Pahang menarik balik gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ kepada saya.
Untuk rekod, penganugerahan gelaran Dato’ buat Farid Kamil telah dipersoalkan setelah beliau terlibat dengan kes penyalahgunaan dadah pada Januari 2018.
Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa dirinya kini sedang dalam usaha memasarkan filem Remp-it 2 untuk ditayangkan pada tahun ini.
Sumber: Instagram Farid Kamil
Post comments (0)