Bila dah ada anak mesti ibu ibu la yang paling bersemangat nak dress up si kecil tu sampaikan sanggup berhabis duit demi kelengkapan anak-anak mereka.
Nampaknya impian pelakon Anzalna Nasir kini sudah tercapai apabila beliau dapat memakaikan anaknya baju seperti Prince George iaitu anak kepada Prince William.
Menurut posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Anzalna berjaya membeli baju jenama yang sama seperti yang dipakai oleh Prince George.
Mohamad Eidress Mohamad Hanif kelihatan sangat comel menggayakan baju yang menjadi idaman ibunya itu.

Hebat ya Anzalna sampai boleh cari jenama baju yang sama demi anak yang tersayang.
Rata-rata yang melihat gambar tersebut turut teruja dengan kegigihan yang ditunjukkan oleh pelakon drama Love You Mr. Arrogant itu.

Untuk makluman, Anzalna telah mendirikan rumah tangga bersama dengan Muhamad Hanif Mohamad Zaki pada Jun 2019 yang lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata yang kini sudah berusia hampir dua tahun.
Tak sabar rasanya nak tengok outfit Eidress yang seterusnya, apa agaknya baju yang bakal digayakan oleh si kecil tu ya.
Sumber foto: Instagram Anzalna Nasir
Post comments (0)