Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Bacakan Fadhilat Solat Ketika Ibunya Sedang Memasak, Sifat Neelofa Wajar Dicontohi

today14 December 2020

Background

Kelahiran seorang anak itu adalah anugerah daripada yang Maha Esa dan begitu tinggi nilainya.

Setiap anak yang lahir juga telah dijanjikan pemberian rezeki masing-masing.

Sama seperti ibu kepada selebriti terkenal Noor Neelofa iaitu Noor Kartini yang dilihat sangat bertuah dikurniakan anak-anak yang ramai serta mempunyai kelebihan masing-masing.

Menerusi perkongsian terbaharu Neelofa di laman Instagram miliknya, beliau telah memuat naik sebuah video menunjukkan dirinya sedang membaca Fadhilat Solat.

Lebih menarik lagi, perkara itu dilakukan ketika ibunya sedang memasak!

So sweet Lofa! Walaupun mungkin bagi sesetengah individu ia adalah perkara biasa atau kecil, namun sebenarnya ia adalah satu sifat yang wajar dicontohi.

Sebagai anak, berbaktilah kepada kedua orang tua sekiranya mereka masih ada.

Tetapi sekiranya sudah tiada, iringlah dan sedekahkan mereka dengan surah al-Fatihah ataupun perkara-perkara baik yang lain..

 

Sumber daripada: Instagram Neelofa

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *