Membesarkan anak dengan didikan yang baik bukanlah satu tugas yang mudah tetapi ia dapat dilakukan dengan keinginan dan usaha yang bagus daripada ibu bapa.
Perkara sama turut dilalui pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen dalam membesarkan dua cahaya mata mereka, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Pada 12 Januari 2021, Hanis telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Dengan menulis “Kids activity ideas by their nanny, Aunty Kiera ❤️” pada ruangan caption, perkongsian itu menunjukkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh Yusuf dan Alisa di rumah.
Rupa-rupanya selain Hanis dan Hairul yang mendidik anak-anak mereka, ada juga nanny yang diberikan tanggungjawab dengan melakukan aktiviti berfaedah untuk perkembangan anak mereka.
Sementara itu, ramai pengikut di Instagram Hanis meninggalkan komen mereka untuk perkongsian ini.
Berdasarkan perkongsian tersebut, selain mempunyai seorang nanny yang membantu, kerjasama ditunjukkan oleh Yusuf dan Alisa juga wajar dipuji kerana keinginan mereka dalam turut serta melakukan aktiviti.
Ia juga boleh dikatakan sebagai hasil didikan yang baik oleh pasangan Hanis dan Hairul.
Baca artikel berkaitan: Hairul Azreen Luah Perasaan Terharu Hanis Zalikha Datang Ke Set, Dedah Tak Pernah Melawat Kerana…
Sumber: Instagram Hanis Zalikha
Post comments (0)