Sebelum nak buat spekulasi sendiri, kan ada baiknya kalau disiasat terlebih dahulu atau tunggu kenyataan daripada tuan badan sendiri?
Berang apabila namanya digunakan sesuka hati untuk tujuan yang salah, pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof dikatakan bakal mengambil tindakan kepada pemilik akaun Youtube Cabik Geronong.

Akaun Youtube berkenaan telah menggunakan tajuk yang menyifatkan dirinya berlaku curang kepada isterinya iaitu Puteri Sarah.
“Tak sangka apa yang dia tulis… You guys don’t play with me. Berani tulis title macam ni. Just to get views, I check this channel from Malaysia. Kita akan dapatkan dia punya ID,” katanya di posting video Instagram miliknya pada 28 September lalu.
https://www.instagram.com/p/CFsRCmclmC3/
Akui dia sangat memahami tugas content creator Youtube yang mana mereka memerlukan views dalam setiap video yang dihasilkan, tetapi cara yang mereka gunakan itu sangat salah kerana boleh membawa kepada fitnah dan berita palsu.
Ditambah pula dengan masalah yang sedang melanda rumah tangganya kini, dia menegaskan bahawa isu itu sememangnya perlu dibawa ke mahkamah supaya perkara itu tidak berpanjangan dengan lebih lama.

Menurutnya juga, tujuan utama dia mengambil tindakan undang-undang itu ialah disebabkan ingin memberi pengajaran kepada pihak tersebut dan bukannya hanya disebabkan duit semata-mata.
Ada juga yang nak ambil kesempatan dalam masalah orang lain ya, jangan sampai nanti berbalik pada diri sendiri pula sudah la ya…
Post comments (0)