Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Gelaran Datuk Buat Shah Hazvee Jadi Tanda Tanya, Fedtri Yahya Tampil Rungkai Persoalan

today15 December 2020

Background

Baru-baru ini, terdapat satu portal berita hiburan online telah melaporkan tentang seorang pelakon yang baru berusia 20 tahun telah mendapat gelaran ‘Datuk’.

Pelakon bernama Shah Hazvee mengakui pernah dianugerahkan Darjah Kurnia Setia Diraja Perak (DKSD) yang membawa gelaran Datuk pada tahun 2016.

Menurutnya, beliau tiada niat untuk merahsiakan perkara terbabit selama ini, kerana tiada kepentingan untuk kongsikannya kepada umum.

Bagaimanapun ia sedikit sebanyak telah menimbulkan keraguan netizen dan menjadi bahan bualan ramai di media sosial.

Spekulasi tersebut terjawab selepas pengacara terkemuka Ahmad Fedtri Yahya tampil merungkai segala persoalan netizen.

Ahmad Fedtri turut sempat berseloroh selepas pelakon Que Haidar terkejut dengan kenyataan berkenaan:-

Apa-apa pun, sama ada betul atau tidak, kebenarannya hanya Shah Hazvee sahaja yang tahu..

 

Sumber daripada: Twitter Fedtri Yahya

Written by: Azra Azuar

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *