Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Intan Ladyana Beri Bayangan Tunda Tarikh Perkahwinan?

today25 January 2021

Background

Umum mengetahui pasangan selebriti Intan Ladyana dan kekasihnya Harris Alif telahpun memilih tarikh 6 Februari 2021 untuk disatukan dalam ikatan suami isteri.

Pengumuman berkenaan dibuat pasangan tersebut menerusi satu sidang media secara maya sekitar Januari lalu.

Harris Alif dan Intan Ladyana membuat pengumuman majlis perkahwinan mereka dalam sidang media secara virtual, hari ini. - Foto Sony Music

Bagaimanapun, kerajaan baru-baru ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekaligus menjejaskan perancangan ramai pihak termasuklah yang ingin mendirikan rumah tangga.

Ini susulan pihak berkuasa tidak membenarkan aktiviti sosial termasuk majlis keramaian diadakan.

Perkara tersebut sedikit sebanyak menimbulkan persoalan dengan perancangan majlis perkahwinan pasangan itu.

Baru-baru ini, Intan telah memuat naik sekeping gambarnya dengan Harris:-

Mengikuti perbulalannya dengan pelakon Lisa Surihani, Intan seperti memberi bayangan akan menunda majlis perkahwinannya pada bulan Mac.

 

Menerusi sidang media yang diadakan juga, Harris pernah menyatakan bahawa mereka pada awalnya memilih tarikh 6 Mac kerana terdapat kaitan dengan detik perkenalan mereka.

“Bagaimanapun, tarikh berkenaan tiada kekosongan lokasi, jadi kami mengambil keputusan mempercepatkan sebulan lebih awal,”

Menurutnya juga, mereka bakal mengadakan empat majlis iaitu malam berinai, akad nikah, resepsi dan majlis bertandang.

Apa-apa pun, Hot FM ingin mengucapkan tahniah dan semoga segala perancangan yang diatur dipermudahkan serta berjalan dengan lancar..

 

Sumber foto: Instagram Intan Ladyana

Written by: Azra Azuar

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *