Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Janna Nick Persoalkan Jika Ada Wanita Yang Sanggup Hidup Susah Dengan Lelaki Yang Dicintai

today26 November 2020

Background

Pelakon Janna Nick bukanlah masih baru dalam industri seni tanah air.

Lakonannya pula boleh dikatakan berjaya untuk memberi impak kepada penonton untuk turut menghayati kisah yang diceritakan.

Pada 26 November 2020, pelakon tersebut telah memuat naik satu perkongsian di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Video yang dikongsikan adalah sedutan drama yang pernah dilakonkannya berjudul Cari Aku Di Syurga.

Berdasarkan kapsyen, ada persoalan menarik yang ditulis oleh Janna:

“SAYA TAK BOLEH HIDUP MISKIN MACAM NI ❗️❗️❗️
Persoalan nya ada ke yang sanggup hidup Susah dengan lelaki yang di cintai? Tapi tak ada usaha untuk berubah Demi masa depan keluarga? Pemalas? Hidup berlandaskan cinta sahaja…boleh ke??”

Persoalan tersebut juga pernah didengar sebelum ini.

Namun apa yang cuba disampaikan oleh Janna bukanlah menghina kehidupan mereka yang susah.

Yang penting, dalam hidup ni kena ada usaha untuk tingkatkan keadaan hidup.

Kekayaan bukanlah satu ukuran kepada kebahagiaan.

Bagaimanapun, setidak-tidaknya jadikanlah cinta sebagai sebab untuk terus kuat berusaha demi kehidupan yang lebih selesa.

Dalam pada itu, Janna menyatakan bahawa wataknya dalam drama berkenaan adalah yang paling dia berpuas hati ketika menjayakannya.

 

Sumber: Instagram Janna Nick

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

Malaysia Catat 2,555 Kes Sembuh, Tertinggi Sejak Pandemik Covid-19 Landa Negara. Respect!

Menurut sumber, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ianya menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 49,056 kes (80.7 peratus daripada jumlah keseluruhan).Manakala, sebanyak 935 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini dengan tiga kematian. Kes baru itu menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 60,752 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 11,348 kes."Terdapat empat kes import yang mendapat... Klik sini untuk baca […]

today26 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *