Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Kecewa Anak Dikecam Positif Covid-19, Kak Ton Bagi Kata Semangat Pada Harris Annuar

today7 January 2021

Background

Hati ibu mana yang tak sedih apabila melihat anaknya dikutuk dan dihina hanya disebabkan dirinya dijangkiti virus Covid-19?

Pengasas produk kecantikan, Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton meluahkan rasa kecewa apabila anaknya, Harris Annuar dikecam oleh netizen selepas disahkan positif virus berkenaan.

Menerusi video pendek yang dikongsikan oleh Harris, Kak Ton kelihatan menitiskan air mata ketika menceritakan perasaannya selepas membaca segala komen negatif yang dilemparkan terhadap anaknya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

“Mummy tahu anak mummy macam mana. Mummy nak Aboy (Harris) kuat, walaupun kita dalam masalah tapi Allah bagi ujian maksudnya kita yang terpilih. Dua harini mata mummy bengkak, orang kutuk Aboy, kutuk anak mummy. Tapi manusia ada sifat bila orang lain jatuh dia akan hentam, selagi tak kena dekat dia, dia takkan tahu apa yang berlaku.”

Dalam masa yang sama, Kak Ton sempat memberi kata-kata semangat kepada Harris untuk terus kuat melalui ujian yang sedang dihadapinya.

Bagi Kak Ton, kata-kata negatif itu tetap memberi semangat kepada mereka dan turut berterima kasih atas doa yang diberikan oleh orang ramai.

Harris telah disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari Langkawi pada 4 Januari lepas.

Diharapkan Kak Ton dan Harris kuat menghadapi ujian ini, semoga semuanya baik-baik sahaja.

Baca juga artikel sebelum ini :

Ujian Pertama COVID-19 Positif, Harris Annuar Seru Contact Rapat Supaya Buat Swab Test

Sumber video dan foto: Instagram Harris Anuar

Written by: Ainaa Hafizah

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *