Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Kongsi Cara Solat Bersama Anak, Ramai Berterima Kasih Pada Eyra Hazali

today8 January 2021

Background

Agama Islam merupakan agama yang mudah untuk pengganutnya dan tidak membebankan dalam melakukan ibadah.

Walaupun memiliki anak kecil dan perlu menguruskannya bersendirian ketika ketiadaan suami, pelakon Eyra Hazali tidak merasakan solat itu merupakan satu perkara yang membebankan.

Pelakon drama Nur 2 itu telah memuat naik satu video pendek menunjukkan beliau sedang solat sambil memegang anak sulungnya iaitu Muhammad Hayder Qhalish.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali)

Menurut Eyra sebelum ini beliau buntu untuk mencari penyelesaian ketika anaknya itu menangis sewaktu dirinya sedang solat.

Namun kini Eyra sudah menjumpai penyelesaian tersebut dan mengambil keputusan untuk mengendong Hyder bersama-sama sewaktu sedang solat.

Rata-rata yang menonton video itu berterima kasih kepada Eyra atas tips dan kaedah mudah tersebut.

Eyra telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim iaitu Muhammad Haziq Nadzli pada tahun 2019 yang lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Muhammad Hayder Qhalish.

Sumber foto dan video: Instagram Eyra Hazali

Written by: Ainaa Hafizah

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *