Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Kongsi Rahsia Masak Asam Pedas, Ramai Excited Nak Cuba Cara Chef Wan

today10 January 2021

Background

Siapa sahaja yang tak mengenali chef selebriti Chef Wan?

Namanya sering disebut ramai disebabkan keenakan masakannya yang menjadi pujaan ramai.

Chef Wan: Why Malaysian Food Will Always Be Number 1 | Tatler Malaysia

Sebagai seorang chef, beliau tidak lokek untuk kongsikan rahsia masakannya di laman Instagram miliknya sehingga membuatkan ramai berasa teruja untuk memasak dengan mengikuti caranya itu.

9 Disember lepas, Chef Wan telah kongsikan rahsia untuk memasak asam pedas yang enak mengikut resepi rahsia arwah neneknya.

Antara rahsianya ialah dengan memasak menggunakan api perlahan, tambahkan sedikit belacan, lebihkan asam jawa dan banyak lagi,

Menurut bapa kepada pelakon Serina Redzuawan itu lagi, asam pedas sepatutnya mempunyai kuah yang pekat kerana orang zaman dahulu sangat menitikberatkan setiap hidangan yang dimasak.

Ramai berterima kasih kepada Chef Wan atas perkongsian rahsia itu dan mereka turut berasa tidak sabar untuk mencuba sendiri.

Maklum la, nak rasa masakan Chef Wan tak boleh, masak ikut cara beliau pun boleh la kan.

Sumber foto: Instagram Chef Wan

Written by: Ainaa Hafizah

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *