Walaupun sudah hampir mencecah usia 39 tahun, pelakon Nora Danish masih lagi cantik dan kelihatan muda disamping suami dan dua orang anaknya itu.
Pada tahun 2021 ini, anak bongsu Nora iaitu Mohamed Neqayl Nedim atau lebih mesra dipanggil Ney Ney bakal berusia 3 tahun dan perkara itu membuatkan Nora berasa tersentuh.

Lebih-lebih lagi apabila Ney Ney kini sudah pandai untuk tidur bersama dengan abangnya dan tidak lagi mahu tidur sekatil bersama Nora dan suaminya, Nedim Nazri.
Nora telah memuat naik beberapa video keletah Ney Ney di laman Instagram miliknya menunjukkan kepetahan Ney Ney bercakap walaupun baru berusia 3 tahun.
View this post on Instagram
Antara komen yang ditinggalkan oleh netizen ialah bagaimana cara Nora mengajar Ney Ney bercakap kerana ada antara anak mereka masih lagi tidak pandai bertutur.

Dalam masa yang sama, ramai turut memuji cara Nora dan Nedim mendidik anak-anak mereka.
Untuk makluman, Nora telah mendirikan rumah tangga bersama dengan Nedim pada tahun 2017 yang lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ney Ney.

Sebelum ini, Nora turut pernah berkahwin bersama dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli sekitar 2006 namun rumah tangga yang dibina telah hancur ditengah jalan dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.
Sumber foto dan video: Instagram Nora Danish
Post comments (0)