Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Nama Bayi Yang Menarik, Mawar Rashid Menjadi Antara Selebriti Terawal Melahirkan Tahun 2021

today3 January 2021

Background

Berita pelakon Mawar Rashid melahirkan sememangnya ditunggu setelah kandungannya sudah mencapai usia 9 bulan.

Pada 2 Januari 2021, pelakon tersebut telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya, mengumumkan berita baik tersebut.

Alhamdulillah, Mawar selamat melahirkan seorang bayi perempuann yang diberi nama Raden Seri Rossabella Cinta.

Meninjau ke laman Instagram suaminya iaitu Raf Yaakob, beliau turut membuat hantaran mengenai kelahiran bayi mereka itu.

 

Melalui kapsyen:-

“Ψ§Ω„Ψ³ΩŽΩ‘Ω„Ψ§ΩŽΩ…Ω ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩŠΩ’ΩƒΩΩ…Ω’ ΩˆΩŽΨ±ΩŽΨ­Ω’Ω…ΩŽΨ©Ω اللهِ ΩˆΩŽΨ¨ΩŽΨ±ΩŽΩƒΩŽΨ§Ψͺُهُ

2/1/21. Syukur Alhamdulillah. Baby girl kami telah pun selamat dilahirkan. Mommy ok, Baby pun ok. It was a natural birth all the way. I’m so proud of you my Lady @mawarashid ?

Raden Seri Rossabella Cinta ? @rossabellacinta”

Menurut Raf, Mawar telah melahirkan bayi perempuan mereka dengan cara normal.

Beliau juga memberitahu, kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan baik.

Sementara itu, berita kelahiran ini telah mendapat ucapan tahniah oleh para selebriti.

Kami di Hot FM juga ingin mengucapkan tahniah buat pasangan Mawar Rashid dan Raf Yaakob!

 

Baca artikel berkaitan: Mawar Rashid Dedah Jantina Anak Di Majlis β€˜Baby Shower’, Meriahnya!

Sumber: Instagram Mawar Rashid dan Raf Yaakob

Written by: Hasanah Yusof

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *