Neelofa menerusi satu sidang media secara maya pada 28 Januari memaklumkan hubungannya bersama dengan pendakwah PU Riz atau Muhammad Haris bin Mohd Ismail masih lagi baik.
Malah, usahawan berkenaan turut menyatakan bahawa masalah yang berlaku pada akhir tahun 2020 dan awal 2021 yang lalu telah diselesaikan dengan cara yang baik selain daripada mendapatkan bantuan dan pandangan keluarganya.

Ketika ditanya oleh para media tentang perkahwinannya yang dijangka bakal diadakan pada Mac 2021, Neelofa menjelaskan bahawa beliau bakal membuat pengumuman tersebut dalam masa terdekat.
“Saya yakin, pasangan yang ingin berkahwin pasti mahukan dream wedding masing-masing,” jelas Neelofa
Namun, disebabkan seluruh negara kini berdepan dengan pandemik COVID-19 selain kerajaan juga sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak perancangan yang telah diatur perlu ditunda.
“Kita tak tahu apa lagi perancangan pada masa hadapan sama ada PKP ni sambung atau tidak,” ujar Neelofa
Dalam perkembangan lain, Neelofa telah melancarkan aplikasi gaya hidup Islamik perdana mereka iaitu TheNoor.
Aplikasi berkenaan dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri khas termasuk waktu solat, arah kiblat, lokasi-lokasi masjid berdekatan.
Selain itu, aplikasi tersebut turut menawarkan fungsi tafsir al-Quran dalam lima bahasa berbeza iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan Bahasa Indonesia.
Baca artikel berkenaan: Neelofa Akui PU Riz Banyak Bantu Penghijrahannya Berniqab
Post comments (0)