Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Pernah Dikecam Kerana Berita Palsu, Hawa Rizwana Mohon Netizen Periksa Dahulu Sebelum Sebar Cerita

today9 December 2020

Background

Nama Hawa Rizwana sudah tidak asing lagi di dalam dunia seni. Pelakon, pengacara dan penyampai berita TV3 itu sebelum ini pernah tular kerana wajahnya yang persis usahawan terkenal iaitu Neelofa.

Terbaharu, Hawa memuat naik perkongsian di Instagram miliknya mengenai berita palsu yang pernah disebarkan oleh segelintir pihak yang tidak membuat pemeriksaan terlebih dahulu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAWA RIZWANA REDZUAN (@hawarizwana)

Melihat kepada kapsyen yang ditulis, Hawa memberitahu bahawa dia pernah mengalami satu kejadian di mana berita yang pernah dibacanya mengenai suasana gerai ketika berniaga di bulan Ramadhan pada tahu 2019, telah ditularkan kembali kerana ada yang menyangka berita itu dilakukan ketika PKP sedang dilaksanakan.

“Sometimes bukan fake news je. News or info sahih lampau pun tiba-tiba “diviralkan”.”

“_True story_, last year (2019) ada sampaikan news tentang gerai di Kelantan beroperasi hingga 10.30 malam pada bulan Ramadhan.”

“Somehow in April 2020, that same news was circulated as if it was aired during the first MCO and Ramadhan 2020 and of course, it caused confusion. Cos at the time, during MCO stalls were only allowed to operate till 8.30 pm. And people were arguing how come in Kelantan boleh pula till 10.30.”

Dalam pada itu, Hawa juga sempat mengingatkan kepada pengikutnya untuk tidak cepat membuat spekulasi dan menyebarkan berita yang tidak sahih.

“Padahal news tu from last year.. So the key message is, please do not easily post, tweet, forward or share info here and there without verifying the facts first.”

Seeloknya, buat usul periksa dahulu sebelum menuduh atau assume sesuatu perkara okay?

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *