Connect with us

Yang Hangat

Persoalkan Yuran Sekolah Perlu Dibayar Penuh, Nabila Huda Cari Guru Untuk Home Schooling

Ada betulnya

Published

on

Situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini menjejaskan ramai orang kerana ia turut membantutkan hasil pendapatan.

Perkara ini menjadi kerisauan ramai kerana ia sudah berlarutan hampir setahun sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan kali pertama pada 18 Mac 2020.

Turut terkesan akan hal ini, pelakon popular Nabila Huda menzahirkan persoalan mewakili sesetengah ibu bapa berkaitan isu bayaran yuran sekolah yang perlu dibayar penuh sedangkan anak-anak tidak lagi ke sekolah.

Nabila meluahkan kata-kata di Instagram miliknya pada 19 Januari 2021.

Melalui hantaran itu, Nabila menulis pada ruangan caption:-

“To all dear parents, it’s about time kite stop bayar yuran sekolah kalau takde siapa pun nak bantu kite selesaikan masalah yang dah spend duit dari last year for our kids tapi online classes. Online classes still nak kena bayar full payment tak logic langsung la.. Sekolah pun tutup bukan ada orang pakai facilities cuma nak bayar gaji cikgu. Kenapa kite nak kena terus membayar macam ni. Tak semua anak boleh faham sepenuhnya dengan online classes. Memang la orang akan cakap taktau belajar lah kena biasa dengan norma baharu. Norma baharu takde masalah. Tapi kenapa nak kena bayar full yuran. Tak boleh ke sekolah bertolak ansur jugak faham situation kami macam kami faham situation korang nak kena bayar gaji cikgu? Seriously, tak ok langsung cara ni. This is Not fair for us..”

Nabila berkata, bayaran yuran secara penuh adalah tidak adil sedangkan sekolah ditutup dan kelengkapan di sekolah pula tidak digunakan.

Beliau tidak menyalahkan amalan norma baharu cuma memohon agar nasib ibu bapa dan anak-anak juga perlu diberi perhatian dalam isu pembelajaran ini.

Dalam pada itu, Nabila sudah bercadang untuk menggunakan khidmat guru untuk mengajar di rumah kerana merasakan ia adalah yang terbaik untuk pendidikan anak perempuannya.

“So now, i think i kena move forward,stop fikir pasal nak kena hantar keisha pergi sekolah or this online classes. I dah start risau anak semakin membesar, banyak subject yang tak belajar secara proper sebab kids tak interested pun nak mengadap laptop semua ni sebab dorang perlu sentuh, tengok untuk faham setengah subject. This virtual study tak 100 percent works for my daughter. It’s about time untuk home school walaupun dulu i memang pangkah sama sekali home school sebab i nak dia belajar bergaul and enjoy her childhood. Tapi dalam keadaan skarang, i dah takde pilihan..ok now, i sedang mencari teacher yang boleh ajar my daughter full subject. Do REPOST !!”

Perkongsian daripada Nabila Huda ini mendapat perhatian beberapa rakan selebriti yang bersetuju dengan kenyataannya.

Baca artikel berkaitan: Rakan Artis Berdekah Lihat Gelagat Nabila Huda Dan Ben Amir, Sanggup Hayati Watak Sedih Dengan Calit Minyak Angin!

Sumber: Instagram Nabila Huda

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Hot FM
secara live di aplikasi
Tersedia di