Connect with us

Yang Hangat

Ramai Ikut Sebak Tonton Video Dayah Bakar Bawa Anak Jumpa Suami Buat Kali Pertama

Penantian sudah berakhir

Published

on

Nur Hidayah Abu Bakar atau Dayah Bakar ialah seorang pengacara televisyen yang telah mendirikan rumah tangga dengan seorang pegawai tentera, Kapten Muhammad Hanif Hamidi pada 29 Jun 2018.

Kisah Dayah dan suami mendapat perhatian ramai dengan perhubungan jarak jauh mereka yang memisahkan antara Malaysia dan Australia.

Hanif tidak pernah berjumpa dengan Dayah sejak mengetahui isterinya hamil sehinggalah bayi mereka sudah berusia 5 bulan.

Pertemuan kali terakhir mereka adalah di Kuala Lumpur International Airport pada 6 Januari 2020.

Tak dapat bayangkan bagaimana kuatnya Dayah bergelar isteri dan ibu tanpa kehadiran suami di sisi yang terpaksa berjauhan kerana tugas.

Namun, penantian untuk mereka bertemu akhirnya tiba apabila Dayah berkongsi satu hantaran di Instagramnya pada 20 Januari 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DAYAH BAKAR (@dayahbakar)

Beliau menulis pada caption:-

“377 hari ?❤️??

Perjalananan dengan 1001 cerita yang tidak mungkin dapat ditulis dan diungkapkan dengan kata-kata selain dari rasa syukur.

Alhamdulillah ?Ibu , Baba dan Fahri dapat bersama , akhirnya .
Terima kasih atas doa baik kalian yang tidak putus untuk Dayah dan keluarga. We appreciate it so much dan Dayah doakan sesiapa sahaja yang terpisah dengan yang tersayang akibat pandemik, sekejap atau lama , dekat atau jauh, dapat disatukan kembali . Amin ??”

Menurutnya, mereka kembali bertemu setelah 377 hari terpisah.

Dayah telah terbang ke Australia untuk tujuan itu dengan perjalanan yang mencabar sebagai seorang ibu dan dalam masa yang sama perlu patuh dengan peraturan semasa dalam situasi pandemik COVID-19.

Menonton video yang dikongsikan, perasaan sedih turut terasa apabila mereka terus berpelukan sebaik sahaja bertemu.

Sudah pasti mereka sebelum ini memendam rindu yang sarat setelah lebih setahun tidak bersua.

Antara yang menarik perhatian adalah di saat Hanif mendukung bayi mereka buat kali pertama, sedihnya!

Sementara itu, detik indah pertemuan mereka ini mendapat perhatian ramai yang menulis di ruangan komen.

Semoga terubat segala rindu yang dipendam selama ini dalam keluarga kecil Dayah dan Hanif.

 

Baca artikel berkaitan: Tak Lepas Update Perkembangan Anak, Dayah Bakar Tabah Hampir Setahun LDR Dengan Suami

Sumber: Instagram Dayah Bakar

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Office
    +603-7710 5022
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.