Kerana penangan 7 Hari Mencintaiku 2, nama pelakon Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifly semakin hangat diperkatakan. Lebih-lebih lagi apabila ada gosip-gosip yang mengatakan mereka seperti sedang bercinta.
Terbaru, tular video Wan Sharmila ataupun lebih mesra dipanggil Lala, menerima hadiah sebentuk cincin di dalam kotak berbentuk hati daripada Syazwan. Wow!
https://www.instagram.com/p/CFYM19FnDu9/
Okay tenang, menurut Lala, tindakan Syazwan menghadiahkan cincin itu rupanya hanya sekadar untuk mempromosikan produk dan bukannya kerana ada apa-apa yang istimewa. Lala juga memberitahu yang dia lebih selesa untuk berkawan sahaja dengan Syazwan, tidak lebih dari itu.
“Itu sekadar review produk sahaja dan tiada apa yang istimewa pun. Hubungan saya dengan Syazwan tidak lebih sebagai kawan saja dan selesa macam ni.”
“Memang tidak menyimpan perasaan istimewa pun,” kata Lala.
https://www.instagram.com/p/CFJsQRhggxi/
Dalam pada itu, Lala menyatakan tindakannya menjelaskan perkara sebenar bukan disebabkan untuk menjaga hati pihak ketiga.
“Saya jelaskan mengenai hubungan dengan Syazwan hanya kawan bukan sebab saya nak jaga hati mana-mana pihak. Saya memang tak ada kekasih pun lagi.”
“Sebenarnya saya bersedia saja nak bercinta tapi masih tak jumpa ‘the right one’.”
Post comments (0)