Baru-baru ini, pasangan model Gigi Hadid dan penyanyi Zayn Malik telah rasmi menjadi ibu bapa setelah kelahiran bayi perempuan mereka yang pertama pagi tadi.Â
Zayn Malik telah berkongsi kegembiraannya dengan memuat naik sebuah gambar di Twitter dan tidak sabar untuk menjalani harinya sebagai bapa.

Dikutip daripada sebuah portal hiburan online, Gigi Hadid dan Zayn Malik memilih tinggal di kawasan Manhattan beberapa hari sebelum mereka rasmi menjadi melahirkan anak.
Gigi Hadid pertama kali mengumumkan khabar kehamilannya ketika ditemu ramah oleh Jimmy Fallon dalam program The Tonight Show.

Menurut Gigi, dia bersyukur dapat menjalani proses kehamilannya dengan baik sewaktu kuarantin di rumah dan katanya, ia lebih mudah kerana dia sentiasa bersama keluarga dan boleh fokus dengan kandungannya.
Post comments (0)