Umum mengetahui, pelakon dan pengacara Mira Filzah sudahpun bernikah dengan jejaka pilihan hatinya Wan Emir Astar pada 2 September 2020.
Tiga majlis yang diadakan tampak meriah dihadiri keluarga, rakan-rakan terdekat dan juga para media yang tidak henti memberikan liputan buat kedua pasangan tersebut.
Walaupun majlis berkenaan diadakan secara sederhana ekoran negara ketika ini dilanda wabak COVID-19, Mira dan Emir menzahirkan rasa syukur kerana ia berjalan dengan lancar sama seperti yang telah diaturkan.
Pada tanggal 1 Oktober 2020, Mira Filzah bersama dengan keluarga mertuanya telah berangkat ke Perak bagi menghadiri majlis tahlil allahyarham bapa kepada suaminya iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad di sebuah masjid di Kuala Kangsar.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram milik Mira, mereka sekeluarga turut tidak melepaskan peluang untuk membawa Mira ke kubur bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu.
https://www.instagram.com/p/CFziQG-hJam/
Kelihatan pada video tersebut mereka berdua mengalirkan air mana tatkala tidak dapat menahan sebak.
Menerusi laman Instagram Emir pula, jejaka tersebut turut meninggalkan coretannya yang mengundang sebak ramai.

“Salam Papa yang tersayang, Emir kenalkan, Nur Amirah.. your daughter Papa ..the one He has chosen for me and of me for her. And I will love her as how Papa loved Ibu, with great responsibility and passion.”
Wan Muhammad Khair-il adalah seorang daripada enam mangsa nahas helikopter Eurocopter AS350 Ecureuil yang terhempas di Sungai Batang Lupar berhampiran Triso, Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei 2016.
Post comments (0)