Yang muda kita hormati, yang muda kita sayangi.
Tak kira la tua atau muda, apa salahnya kalau kita saling hormat menghormati antara satu sama lain kan?
Lain pula jadinya apabila sekumpulan remaja lelaki bertindak agak biadap terhadap seorang warga emas ini.
Mana pergi adab ntah budak-budak sekarang ni, pic.twitter.com/QqViRpplkT
— Isskandar Ariffin🏴 (@IsskndarAriffin) October 1, 2020
Tular sejak 2 Oktober 2020 apabila video berdurasi selama 26 saat itu menunjukkan seorang wanita dilayan dengan teruk sekali oleh remaja tersebut.
Lebih menyakitkan hati apabila remaja lelaki berbaju kuning itu seakan-akan mahu menendang wanita tersebut.
Jika dilihat wanita itu juga cuba untuk mempertahankan dirinya dengan sabatang payung sebelum terus berlari meninggalkan kawasan tersebut.
“Lailahhailallah! Engkau ini…”
Jelas diwajah wanita itu menunjukkan bahawa dia berasa sangat terganggu dan tidak selesa dengan gangguan yang diterimanya ketika itu.
Video pendek yang dikongsikan di Twitter oleh pengguna bernama Isskandar Ariffin itu mendapat perhatian ramai sehingga menimbulkan kemarahan ramai warganet.
Punca kejadian masih lagi disiasat namun lokasi kejadian sudah dikenalpasti iaitu di Bachok, Kelantan.
Semoga kejadian ini dapat disiasat dan remaja tersebut menerima pengajaran yang secukupnya.
Post comments (0)