Sekali pandang confirm tak ada siapa berani nak cari pasal dengan pengacara Sarancak selepas menonton video yang dimuat naik dekat laman Instagramnya.
Sara atau nama sebenarnya Sara Zulkifli telah kongsikan video ketika sedang menjalani latihan di sebuah gimnasium sambil memperlihatkan aksi luar biasanya.
View this post on Instagram
Tanpa disangka-sangka, Sara dengan selamba mampu untuk mengangkat seorang wanita yang dipercayai seorang trainer di gimasium tersebut.
Rara-rata komen yang ditinggalkan oleh teman rapatnya menunjukkan keterujaan mereka melihat keupayaan Sara berbuat demikian.

Dalam masa yang sama, ada juga sempat berseloroh mengatakan Sarancak jadi kuat sebegitu selepas ‘menelan’ muntah anak lelakinya iaitu Bayu Luzman.
Ada-ada sahaja ya komen kelakar mereka ni, terhibur pula bila tengok keletah Sara dan rakan-rakannya tu.
Sumber foto: Instagram Sarancak
Post comments (0)