Kehilangan orang tersayang meninggalkan bekas yang mendalam kepada seseorang tambahan lagi ia adalah insan yang dekat seperti darah daging sendiri.
Hari Raya Aidilfitri pula selalunya menjadi waktu sinonim untuk orang ramai melawat kubur mereka yang telah pergi terlebih dahulu menghadap Ilahi.
Namun dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa daerah di Selangor bermula 6 Mei 2021 sehingga 17 Mei 2021, ia membataskan amalan itu kerana termasuk dalam perkara yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) untuk PKP.
Hal itu dirasai pasangan pelakon Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia yang telah kehilangan ‘anak syurga’ mereka.

Baca artikel berkaitan: Fizz Fairuz Tegur Peniaga Yang Suka Bezakan ‘Product Review’ Daripada Selebriti
Oleh itu, Almy dan keluarga sempat untuk menziarahi kubur anaknya sebelum pelaksanaan PKP.
Melalui caption:-
“Simpan sini
Alhamdulillah harini sempat ziarah pusara anak syurga kami
Sbb raya nnt tak leh nak ziarah sbb pkp..
@fizzfairuzofficial”
Syukurlah begitu, semoga terubat rindu buat anak syurga tersebut.
Untuk rekod, Almy telah mengalami keguguran ketika kandungannya mencecah 14 minggu pada Februari 2020.

Sumber: Instagram Almy Nadia