Nampaknya pada tahun 2021 ini, kita bakal menyaksikan majlis penyatuan dua jiwa antara pelakon Intan Ladyana dan Harris Alif.
Pada asalnya majlis pernikahan ini akan diadakan pada 6 Mac tetapi disebabkan tarikh tersebut sudah diambil oleh pasangan lain, mereka terpaksa akui untuk memilih 6 Februari sebagai tarikh istimewa.
Ketika ditemu bual sewaktu sidang media pengumuman istimewa mereka, difahamkan pasangan ini akan mengadakan sebanyak empat majlis iaitu majlis pernikahan, majlis berinai, majlis bersanding dan juga majlis bertandang yang dikatakan akan diadakan pada bulan Mac nanti.
Lebih menarik lagi pasangan ini telah menerima tajaan barang kemas sebanyak RM13.5 juta bagi digayakan semasa majlis pernikahan, majlis bersanding dan juga majlis potong kek.
Selain itu, Intan dan Harris turut menerima banyak lagi tajaan lain antaranya ialah lokasi majlis, persalinan, deko pelamin, door gift dan banyak lagi.
Bagi mereka, persiapan majlis berjalan dengan lancar cuma pandemik Covid-19 ini sedikit sebanyak membantutkan banyak perkara.
“Alhamdulillah, tak ada ujian cuma ujian PKP ni la. SOP bertukar, kejap boleh buat event kejap tak boleh. Semua benda diperketatkan, dulu boleh buat majlis dekat luar sekarang kena dalam masjid je. Itu antara ujian untuk kami, in terms of persiapaan alhamdulillah memang tak ada masalah.”
Akui sering mendapat soalan tentang perbezaan usia, Intan sendiri memberitahu bahawa ia bergantung kepada niat seseorang itu yang mana jika niat bercinta itu untuk ke fasa yang seterusnya sudah semestinya perbezaan itu tidak menjadi masalah utama.
Walaupun mempunyai perbezaan usia sebanyak 17 tahun, itu bukan la penghalang untuk mereka membina kehidupan bersama kerana kematangan yang ada pada Harris membuatkan Intan jatuh hati padanya.
Semoga urusan pasangan ini dipermudahkan dan semoga rumah tangga yang dibina bahagia sehingga ke jannah!
Sumber foto: Instagram Intan Ladyana
Post comments (0)