Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

[VIDEO] Aafiyah Asyik Cium Perut Ibu, Beri Petunjuk Siti Nurhaliza Hamil Lagi?

today25 September 2020

Background

Geram melihat telatah Siti Aafiyah iaitu anak kepada penyanyi tersohor tanah air dan juga kesayangan Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza di dalam satu video yang dimuat naik Tokti baru-baru ini.

https://www.instagram.com/p/CARfUk7HEQB/

Video yang dimuat naik itu oleh Tokti itu sebenarnya adalah untuk mempromosikan produk makanan kesihatan miliknya, akan tetapi apa yang menjadi perhatian ramai adalah, aksi spontan anaknya, Aafiyah yang dilihat beberapa kali cuba mencium perut ibunya.

Aksi Aafiyah itu sekaligus menimbulkan spekulasi penyanyi itu sedang hamil anak kedua.

https://twitter.com/IniAlannn/status/1309144715036688388

Diruangan komen rata-rata netizen mengatakan Aafiyah seolah-olah memberi ‘petunjuk’ bahawa Siti Nurhaliza kini sedang hamil.

Malah, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah meskipun tiada respon daripada Siti sendiri mengenai spekulasi berkenaan.

Sumber gambar : Rotikaya

Awhhh kita doakan yang baik-baik je lah buat Tokti sekeluarga, tak sabar nak tengok adik Aafiyah. Eh!

Written by: Fieyna Azman

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *